Glitter Words

Murtabak sardin cracker

Assalamualaikum dan selamat sejahtera .... hari ni saya telah mencuba satu lagi resepi baru iaitu murtabak sardin craker untuk minum petang keluarga. Resepi ni sangat mudah dan sedap, anak2 saya sangat2 suka....jom share resepi.....


Resepinya

Bahan2 inti

1 tin kecil sardin
1 biji bawang besar didadu
2 ulas bawang putih dicincang
1 inci halia ditumbuk 
1 sudu besar cili kisar ( tambah sekiranya ingin pedas)
1 sudu besar serbuk kari dicampur sedikit air 
2 biji telur

Bahan2 lain

Biskut cream craker
1 cawan susu UHT
1 biji telur

Cara 2 membuat inti

1. Asingkan ikan sardin dari sosnya 
2. Goreng ikan sardin terlebih dahulu dan ketepikan
3. Tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau
4. Masuk cili kisar dan kari dan masak sehingga garing
5. Masuk bawang dadu
6. Masuk ikan sardin yg telah di goreng tadi bersama sosnya
7. Sedikit garam dan gula

Cara membuat murtabak craker

1. Sapu loyang dengan butter
2. Celup biskut ke dalam susu (jangan sampai lembik) dan susun dalam loyang
3. Satukan inti dan telur, kacau dan ratakan atas biskut 
4. Lakukan kaedah yang sama sehingga selesai 
5. Pastikan biskut diletakkan dibahagian atas sekali dan tidak perlu dicelup
5. Untuk lapisan terakhir, satukan susu dengan 1 biji telur dan tuangkan ke dalam loyang
6. Bakar pada suhu 150 C selama 35 ~ 45 minit




murtabak sardin craker ini boleh dimakan begitu sahaja


atau boleh juga ditambah sos dan mayonis

Selamat Mencuba

Quiche Tuna

Assalamualaikum...hari ini saya buat quiche tuna dan resepinya saya ambil dari My resepi ....first time buat tapi alhamdullilah menjadi cuma saya ubah sedikit resepinya mengikut citarasa saya....









Resepinya

Bahan bahan

1. 220g tepung gandum
2. 125g mentega sejuk didadu
3. 1 sdb gula aising
4. 1 biji telur

Bahan inti

1. 1 tin tuna ditoskan
2. 1 biji bawang besar didadu
3. 1 biji bawang putih dicincang
4. 1 cawan mix vege
5. 1 camca besar butter
6. 1/2 cawan susu segar
7. 1 sdk lada hitam
6. 1 biji cili merah dihiris
7. sedikit garam

Bahan kastard

1.  3 biji telur
2.  1/2 cwn susu segar

Cara2

1. Satukan tepung dan gula aising dan gaul rata.
2. Masukkan mentega dan gaul lagi
3. Tuang telur sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh.(tak apa jika telur tak habis)
4. Tekan doh ke dalam acuan dan cucuk doh dengan garfu.
5. Letakkan aluminium foil diatas doh bersama kekacang
6. Bakar doh selama 15 minit pada suhu 170 C
7. Alihkan aluminium foil dan bakar lagi selama 10 minit

8. Panaskan mentega dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
9. Masukkan bawang besar dan cili .
10. Masuk tuna dan mix vege
11. Masuk susu dan masak hingga kering

12. Masukkan inti  kedalam doh
13. Satukan bahan kastard dan tuang ke atas inti
14. Bakar selama 25 minit pada suhu 170 C

Sealamat mencuba


Kek Marble Horlick

Resepi daripada blog Dapur Ayuharlina....kek marble horlick ni sedap sangat, cuma saya olahkan sedikit mengikut citarasa keluarga. Terima kasih kepada Ayuharlina kerana sudi berkongsi resepi......



Sebelum


Selepas



Kek Marble Horlick

Bahan2

250g mentega
160g gula kaster
5 biji telur C
250 tepung superfine
100g horlick
50g susu cair
2 sudu teh baking powder
2 sudu besar serbuk koko

Cara2

Panaskan oven pada suhu 170 C
1. Pukul gula dan mentega sehingga kembang
2. Masuk telur sebiji demi sebiji dan ptar sebati
3. Masuk tepung yang telah diayak bersama baking powder
4. Masuk susu cair
5. Masuk horlick dan kacau sebati
6. Bahagi adunan kepada 2 bahagian, 1 bahagian dicampurkan serbuk koko

Sediakan loyang 8 in x 8 in , masukkan adunan berselang seli. Bakar kek selama 60 minit atau mengikut oven masing2.

selamat mencuba

Blueberry Cheese Tart


Resepi blueberry cheese tart ni saya dapat dari sumber Myresepi.com. Alhamdullilah ia menjadi salah satu resepi kegemaran suami dan anak2 saya. Terima kasih Myresepi.



sebelum 


selepas 


sedia untuk dihidangkan


Resepi Blueberry cheese tart


Bahan untuk Pastri:

125g butter (salted)
63g gula icing
250g tepung gandum
1 kuning telur (saiz B)
1/2 sudu teh esen vanila
1 sudu besar air

Bahan untuk Filling:

250g cream cheese
20g butter (salted)
60g gula halus/gula castor
1 biji telur (saiz B)
Blueberry filling secukupnya

Cara-cara

1.Tepung dan gula campur sekali dan ayak.
2.Masukkan butter dalam tepung dan gula tadi, gaul rata hingga jadi seperti pasir/crumb.
3.Kemudian masukkan kuning telur, esen vanila dan air, gaul sebati hingga jadi doh.
4.Cover dan rehatkan pada suhu bilik selama ~15min sebelum dimasukkan kedalam acuan tart.
5.Tidak perlu guna sebarang gris untuk acuan. Pastikan acuan kering untuk elak adunan melekat pada acuan selepas bakar. Bakar pada suhu 180C selama ~20-25min atau hingga sedikit perang shj.

Filling -
Pukul cream cheese, butter dan gula hingga kembang.
Masukkan telur, pukul sekejap sahaja ~1-2min bagi telur sebati dgn cheese tadi.
Pipekan filling dalam pasteri yang telah dibakar. Bakar lagi pada suhu 180C ~ 15min.
Jika saiz kecil kurangkan masa membakar bagi pasteri dan filling.

Selamat Datang

Assalamualaikum dan terima kasih kepada semua yg sudi ziarah blog ni. Saya ialah seorang isteri dan ibu kepada 2 orang puteri dan seorang putra . Sebelum ni saya kurang berminat sangat dalam percubaan masak memasak tetapi setelah menjadi suri rumahtangga sepenuh masa dah hampir 7 tahun ni, saya suka pula nak mencuba resepi2 baru...lagipun anak2 dah besar dan dah suka makan....

Selain berminat dalam mendeco cupcake dan cake yang saya post dalam blog zuecpcakes, saya juga suka mencuba resepi2 yang saya rujuk dari blog rakan2 dan menjadi resepi kegemaran keluarga.....

Terima kasih kepada rakan2 blog yang iklas berkongsi resepi dan memberi tunjuk ajar yg bernas.....